Sunday 20 October 2013

Suarez juga mungkin terlepas



SUAREZ: Pemain Uruguay yang memukau.
MONTEVIDEO (Uruguay): Bukan Cristiano Ronaldo atau Franck Ribery sahaja yang bakal terlepas beraksi di Brazil.
Luis Suarez, penyerang kontroversial tetapi berbahaya Liverpool, juga mungkin tidak dapat bermain dalam pusingan akhir Piala Dunia tahun depan.
Ini kerana Uruguay terpaksa berdepan dengan perlawanan penentuan - bertemu sebuah lagi wakil Asia, Jordan, bulan depan.
Meskipun mengalahkan Argentina 3-2 pada Selasa lalu, Uruguay terlepas empat tempat teratas kumpulan yang layak mara secara automatik selepas ia hanya mampu menduduki tempat kelima di belakang pendahulu Zon Amerika Selatan Argentina, Colombia, Chile dan Ecuador.
Jika Uruguay berjaya mengatasi ujian penentuan itu, maka peminat bola sepak dunia, terutama Liverpool dan pengkritik Suarez, dapat terus menyaksikan kelincahan dan permainan memukau pemain kesayangan kelab Anfield yang gemar mencium lengan dan menghisap jari telunjuknya itu.
Namun, bukan itu sahaja yang dibuat Suarez. Beliau juga pernah bertindak bodoh menggigit pemain lawan dan mengeluarkan kata-kata kesat kepada pemain lawan jika beliau gagal mencapai hajatnya.
Rekodnya dalam Liga Perdana England menjadi bukti atas perlakuannya terhadap pemain Chelsea, Branislav Ivanovic, dan bek Manchester United, Patrice Evra.
Namun, Suarez telah belajar sesuatu selepas menjalani hukuman gantung akibat kesalahannya itu.
Sebagai pemain, tidak dapat dinafikan beliau begitu cemerlang dan berpengaruh dan memainkan peranan besar dalam kebangkitan Liverpool.
Apa pun, jurulatih Uruguay, Oscar Tabarez, menekankan bahawa mereka tidak boleh mengambil mudah tentangan Jordan, pasukan di tangga ke-73 dunia berbanding Uruguay di tangga ketujuh.
SAMBUNG BACAAN...

No comments:

Post a Comment

Busuk.com

Gedung Ilmu