Saturday 5 October 2013

Kerana wang, sanggup potong jari perdaya ibu bapa

GANBAR HIASAN

BEIJING: Gara-gara mahukan wang segera, seorang lelaki nekad memotong sendiri jari telunjuknya dan menghantarnya kepada ibu bapanya dengan mendakwa dia menjadi mangsa culik.
Menyangka ia langkah yang cerdik, lelaki berusia 31 tahun itu turut cuba meyakinkan keluarganya kononnya dia hanya akan dibebaskan jika wang tebusan sebanyak 120,000 Yuan ($24,422) dibayar.
Bagaimanapun, helah lelaki dari Hubei itu gagal.
Sebaliknya dia kini ditahan polis atas dakwaan memeras ugut.
Menurut polis, turut ditahan ialah dua rakannya yang bersubahat merancang dan melaksanakan helah itu.
Jurucakap polis berkata lelaki terbabit dikenali sebagai Chenmou Huang.
"Chenmou dan dua rakannya tidak bekerja dan sangat pemalas," kata jurucakap berkenaan.
Beberapa hari sebelum itu, mereka berbincang cara mendapatkan wang segera dan kemudian timbul idea mengenai 'penculikan' itu.
"Untuk menampakkan rancangan itu benar-benar terjadi, rakan Chenmou memotong jari telunjuknya dan menghantar keratan itu bersama nota tuntutan wang bernilai 120,000 Yuan," kata jurucakap polis.
Melihat jari itu, ibu bapa Chenmou panik dan terus menghubungi polis.
Pihak polis kemudian berjaya menjejak Chenmou melalui syarikat penghantaran barang yang digunakan untuk menghantar potongan jarinya itu.
SAMBUNG BACAAN

No comments:

Post a Comment

Busuk.com

Gedung Ilmu