Seorang mahasiswa semester akhir menulis surat kepada ayahnya:
Ayah,
Saya merasa tidak selesa kerana terus menerus menulis surat kepada
ayah untuk meminta wang. Saya merasa malu dan sedih. Saya ingin meminta
wang sebanyak Rm1000 dari ayah, walaupun setiap bahagian tubuh saya
memberontak. Saya meminta dengan tulus dari hati saya yang paling dalam,
ayah maafkan saya.
Salam dari anakanda,
Sarip.
p/s Saya merasa berat hati untuk mengirimkan surat ini, jadi saya
cuba untuk mengejar posmen yang mengambil surat ini dari dalam peti
surat. Saya ingin mengambil kembali surat ini dan membakarnya, kerana
surat ini pasti menyusahkan hati ayah. Saya berdoa dalam hati agar saya
dapat semula surat ini, tapi sudah terlambat.
Beberapa hari kemudian dia menerima balasan surat dari ayahnya yang mengandungi ayat yang ringkas,
Untuk Sarip,
"Nak, doamu sudah dimakbulkan. Suratmu tidak pernah ayah terima"
Dari Ayahmu.
No comments:
Post a Comment