Aku diberi nama Hitam. Pelikkan
nama tu. Macam takde nama lain aje. Sebenarnya aku pun cukup tak suka
dengan nama tu..macam nama gangster..tapi..apa nak buat dah memang nama
aku gitu, bersyukur ajelah..Aku dilahirkan sebagai anak yatim piatu.
Memang malang nasibku tak seperti kawan-kawanku yang lain ada ibu dan
bapa. Kadang-kadang aku cemburu melihat mereka sekeluarga bergurau senda
dan bermesra.Syukurlah ada Pak Mat sekeluarga ,dapatlah juga aku
menumpang kasih. Beliaulah yang menjaga aku sejak kecil dan memberikan
aku sepenuh kasih sayang.
Ibuku meninggal dunia kerana tak tertahan menanggung sengsara ketika
melahirkan aku . Mungkin kerana saiz aku yang agak besar. Macam anak
gajah, kata Pak Mat. Ayahku pula terkorban akibat kemalangan jalanraya.
Menurut cerita yang aku dengar, ayahku mati dilanggar kereta ketika
hendak melintas jalan. Wallahualam..
Sekarang aku sudah remaja he..he.. Seronoknya!! Seronoknya!! Seperti
remaja lain aku juga tak dapat lari perasaan ingin disayangi dan
menyayangi dan perasaan ini aku peruntukkan khas.. untuk dia
seorang..Nurlida namanya...orangnya cantik manis, lemah-lembut, sopan
santun..ahhhh..kira perfectlah !! Come lote,..kata oghe Kelate..
Hai kalaulah aku dapat dia..tentu kawan-kawan aku jealous..Tapi
masalahnya..itulah..dia tu anak Pak Mat!! Jadi ..terpaksalah aku
pendamkan sahaja perasaan aku ni sendiri. Lagipun aku sedar siapa diri
aku ini..sekadar menumpang.
Kajang pak malau kajang berlipat..kajang hamba mengkuang
layu..dagang tuan dagang bertempat.. dagang hamba musafir lalu..hai
sedihnya Semalam, ahhh..semalam..merupakan hari yang paling malang dalam
hidupku. Bunga yang aku puja- puja selama ini telah dirampas orang.!!
Sewaktu aku sedang merayau-rayau keliling kampung aku terserempak dengan
si Nurlida..gadisku itu sedang membonceng motosikal dengan Zarir..
Cis!! bukan main mesra lagi.
Cilaka!!! Binawe kau Zarir, kan ramai lagi perempuan lain dalam
kampung nie..kenapa awek aku jugak yang kau kacau..nanti kau Nurlida,
aku report kat ayah kau!! Malam tadi aku tak senang tidur. Memang sukar
aku nak terima kenyataan ini..
Tak sanggup lagi aku menengok muka gadis idaman aku tu..melihat dia
bermesra-mesra. Aku cemburu..cemburu!! Aku mesti lari dari sini. Ya,
itulah keputusan aku..aku nekad,..apa nak jadi, jadilah.aku mesti keluar
dari kampung nie!! Tapi kemana aku nak pergi? KL? JB?..Yaa..KL..aku
akan pergi ke KL. Biarlah aku membawa diri ke sana.
Baru sebentar tadi aku pergi berjumpa dengan kawan-kawan aku, nak
ucapkan selamat tinggal..Semua kawan-kawan aku menasihatkan aku agar
jangan pergi ..terimalah kenyataan ini, aku dan Nurlida tak setaraf..
Ya, aku tahu..aku tahu, aku niii....aku niii..... cuma seekor kambing,?
So what?? Kambing tak buleh bercinta ke?ke? ke?
SHARE UNTUK SAHAM AKHIRAT ANDA
-
Setiap kali kita berinfaq atau kita bersedeqah, sebenarnya kita sedang
melakukan segala kebaikan dan infaq itu kepada diri kita sendiri, di
akhirat nanti ...
6 years ago
No comments:
Post a Comment